Monday 25 April 2011

Kod etika pelatih

.
Setiap pelatih mesti mengikuti kod pelatih seperti mana yang telah digariskan seperti di bawah. Pelatih yang tidak mengikuti kod etika pelatih boleh didenda atau tidak dibenarkan mengikuti pembelajaran sehingga syarat-syarat kod etika pelatih ini dipenuhi.

OBJEKTIF
1. Membentuk insan yang berperaturan
2. Menerapkan nila-nilai murni kepada diri pelatih
3. Membian sahsiah diri mulia dalam diri pelatih
4. Menonjolkan imej yang baik pada pertubuhan amnya


1. Rokok - tidak merokok di dalam gelanggang dan dalam berpakaian seragam
2. Pakaian - Berpakaian yang sesuai untuk latihan, pakaian yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan. Pelatih wanita dikehendaki memakai tudung kepala.
3. Rambut dan kuku - Berambut kemas dan berkuku pendek
4. Barang kemas - Pemakaian barang kemas dan jam tangan tidak dibenarkan semasa latihan.
5. Percakapan - Tidak mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan lucah
6. Pergaulan - Menjaga pergaulan sesama pelatih dan jurulatih.
7. Patuh - Sentiasa mematuhi arahan daripada jurulatih selagi mana tidak melanggar batsa agama, undang-undang negara dan undang-undang PSSSM.
8. Amanah - Amanah terhadap apa yang diamanahkan, agama, bangsa dan negara.
9. Kerjasama - Sentiasa bekerjasama kepada mereka yang memerlukan bantuan selagi man tidak menyalahi aqidah dan undang-undang.
10. Hormat-menghormati - Hormat-mengormati antara jurulatih, pelatih-pelatih lain, orang yang lebih tua dan muda, silat-silat dan seni bela diri yang lain.
11. Berdaya maju - Sentiasa bersemangat ketika menjalani latihan, kreatif dan bersungguh-sunggug ketika manjalani latihan.
.

Falsafah Silat

.
Falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi. Ia mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat yang dilakukan.

Falsafah biasanya akan dipedengarkan dulu kepada pesilat-pesilat semasa menjalani latihan mengikut peringkat-peringkatnya. Di antar falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang sering disebut-sebut oleh Guru utama Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah semasa hayatnya mengajar anak-anak buahnya ialah ;


.

Ujian Peringkat

.
Setiap peringkat akan diadakan ujian. Ujian ini akan dilakukan setelah sukatan pelajaran untuk peringkat berkenaan habis diajar.

OBJEKTIF
1. Menilai kemampuan pelatih berkenaan apa yang dipelajari
2. Memperbaiki tahap pencapaiannya
3. Menanam rasa keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.

Ujian peringkat ini akan dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu ;

1. UJIAN BERTULIS - (MARKAH-20%)
Yang merangkumi aspek
        i. Latar belakang sejarah perguruan seni silat sendeng Malaysia
       ii. Undang-undang PSSSM
      iii. Fardhu ain
      iv. Sukatan perlajaran yang telah dipelajari di peringkat masiong-masing.

2. UJIAN AMALI (PRAKTIKAL) - (MARKAH-80%)
     i. Merangkumi segala pergerakan yang telah dipelajari diperingkat masing-masing. Markah akan dinilai   
        dari segi ;
           1. Kesenian
           2. Ketangkasan 
           3. Keyakinan
           4. Kemantapan

Markah lulus untuk setiap peringkat adalah 85%. Peltih yang lulus akan dianugerahkan sijil dan pengiktirafan untuk meneruskan pada peringkat seterusnya. Bagi yang gagal pula, pelatih berpeluang untuk diuji semula setelah yakin dapat memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan semasa ujian terdahulu atau menyertai semula latihan diperingkat yang tidak berjaya.

SYARAT-SYARAT UNTUK PERINGKAT

Bagi setiap pelatih yang ingin menjalani ujian peringkat ini mestilah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah.
1. Telah menghabiskan sukatan pelajaran di dalam tahap masing-masing.
2. Menjalani latihan sekurang-kurangnya 36 jam - (bagi tahap pertama sahaja)
3. Yakin untuk diuji.
4. Telah memahami dan fasih peringkat sebelumnya.
.

Kategori pembelajaran

.
Sistem pembelajaran Seni Silat Sendeng Malaysia terbahagi kepada 3 tahap. Setiap tahap mempunyai kurikulum tersendiri dan pengamalan peringkat sebelumnya adalah diwajibkan.

1. Tahap pertama - Peringkat asas
2. Tahap kedua - Peringkat pertengahan
3. Tahap Ketiga - Peringkat jurulatih

Sistem peringkat pula terbahagi kepada beberapa peringkat ;

1. Tahap pertama - Peringkat asas
a. Asas pertama - Hijau I
b. Asas kedua - Hijau II
c. Asas ketiga - Hijau III

2. Tahap kedua - Peringkat pertengahan
a. Pertengahan pertama - Kuning I
b. Pertengahan kedua - Kuning II
c. Pertengahan ketiga - Kuning III

3. Tahap ketiga - Peringkat jurulatih
a. Jurulatih - Hitam I
b. Jurulatih - Hitam II
c. Jurulatih - Hitam III
d. Jurulatih - Hitam IV
e. Jurulatih - Hitam V
f. Jurulatih - Hitam VI
g. Jurulatih - Hitam VII
g. Ketua Jurulatih Kebangsaan

Pada tahap pertama, pelatih akan menjalani latihan asas dalam senaman, tumbukan pepat (lurus), tendangan, tarian, silat dan juga 5 permainan alat silat iaitu keris, parang, kerambit, tembong dan tekpi.

Manakala pada tahap seterusnya pelatih akan mendalami serta menghalusi setiap pergerakan pada tahap asas di samping mempelajari gerak dan pukulan sendeng. Bagi permainan alat silat pula senjata tambahan akan di ajar ini termasuklah tongkat, tuas, dan perisai.

Pada tahap ketiga pula pelatih telah di gelar sebagai jurulatih. Setiap jurulatih akan terikat dengan kod etika jurulatih dan sanggup untuk memikul tugas yang telah diamanahkan. Jurulatih akan diajar dengan beberapa jenis pukulan, beberapa pecah (kuntau) tambahan dan juga tambahan bagi permainan alat silat iaitu pedang, tumbuk lada dan tekpi dua.
.

Konsep Pembelajaran PSSSM


Ikrar Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia



Friday 22 April 2011

Lambang / Logo


Lambang berbentuk bulat melambangkan Perisai 

Tekpi

Tumbuk lada dan Kerambit 

Pedang dan Perang


Keris
                                                             
Tongkat, Tembong dan Tuas

Bentuk lambang Seni Silat Sendeng direka di dalam bentuk dan seni yang begitu unik di mana keunikan ini membawa pengertian yang mendalam terhadap warisan Silat Melayu.

Keris yang berada di tengah-tengah, melambangkan kebesaran dan kebangaan Melayu, seterusnya kemegahan Seni ukir dan budaya yang tinggi nilainya. Senjata-senjata lain yang mengelilinginya membawa erti bahawa kebesaran (Keris) itu tetap akan dijaga dan dipertahankan dari roboh dan penceroboh.

Rangkai kata 'Seni Silat Sendeng Malaysia' yang bewarna putih dan berlatar belakang kan hitam membawa maksud tersendiri yang simbolik. Putih bererti 'KESUCIAN' dan hitam membawa maksud 'KEASLIAN'. Ini diterjemahkan lagi dengan cogan kata 'SENDENG-PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA'.

Kalau diperhatikan kepada lambang tersebut, tidak kurang daripada dari sepuluh jenis alat silat yang terkandung di dalam lingkaran lambang tersebut dan setiap satunya terdapat cara menggunakannya juga cara menggayakan tariannya.Di dalam tarian dan bunga itu sendiri terdapat cara-cara menepis dan menikam yang disembunyikan di dalam bentuk tarian yang lembut dan lemah -gemalai.