Monday 25 April 2011

Kod etika pelatih

.
Setiap pelatih mesti mengikuti kod pelatih seperti mana yang telah digariskan seperti di bawah. Pelatih yang tidak mengikuti kod etika pelatih boleh didenda atau tidak dibenarkan mengikuti pembelajaran sehingga syarat-syarat kod etika pelatih ini dipenuhi.

OBJEKTIF
1. Membentuk insan yang berperaturan
2. Menerapkan nila-nilai murni kepada diri pelatih
3. Membian sahsiah diri mulia dalam diri pelatih
4. Menonjolkan imej yang baik pada pertubuhan amnya


1. Rokok - tidak merokok di dalam gelanggang dan dalam berpakaian seragam
2. Pakaian - Berpakaian yang sesuai untuk latihan, pakaian yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan. Pelatih wanita dikehendaki memakai tudung kepala.
3. Rambut dan kuku - Berambut kemas dan berkuku pendek
4. Barang kemas - Pemakaian barang kemas dan jam tangan tidak dibenarkan semasa latihan.
5. Percakapan - Tidak mengeluarkan kata-kata kesat, kasar dan lucah
6. Pergaulan - Menjaga pergaulan sesama pelatih dan jurulatih.
7. Patuh - Sentiasa mematuhi arahan daripada jurulatih selagi mana tidak melanggar batsa agama, undang-undang negara dan undang-undang PSSSM.
8. Amanah - Amanah terhadap apa yang diamanahkan, agama, bangsa dan negara.
9. Kerjasama - Sentiasa bekerjasama kepada mereka yang memerlukan bantuan selagi man tidak menyalahi aqidah dan undang-undang.
10. Hormat-menghormati - Hormat-mengormati antara jurulatih, pelatih-pelatih lain, orang yang lebih tua dan muda, silat-silat dan seni bela diri yang lain.
11. Berdaya maju - Sentiasa bersemangat ketika menjalani latihan, kreatif dan bersungguh-sunggug ketika manjalani latihan.
.

Falsafah Silat

.
Falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi. Ia mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat yang dilakukan.

Falsafah biasanya akan dipedengarkan dulu kepada pesilat-pesilat semasa menjalani latihan mengikut peringkat-peringkatnya. Di antar falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang sering disebut-sebut oleh Guru utama Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah semasa hayatnya mengajar anak-anak buahnya ialah ;


.

Ujian Peringkat

.
Setiap peringkat akan diadakan ujian. Ujian ini akan dilakukan setelah sukatan pelajaran untuk peringkat berkenaan habis diajar.

OBJEKTIF
1. Menilai kemampuan pelatih berkenaan apa yang dipelajari
2. Memperbaiki tahap pencapaiannya
3. Menanam rasa keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.

Ujian peringkat ini akan dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu ;

1. UJIAN BERTULIS - (MARKAH-20%)
Yang merangkumi aspek
        i. Latar belakang sejarah perguruan seni silat sendeng Malaysia
       ii. Undang-undang PSSSM
      iii. Fardhu ain
      iv. Sukatan perlajaran yang telah dipelajari di peringkat masiong-masing.

2. UJIAN AMALI (PRAKTIKAL) - (MARKAH-80%)
     i. Merangkumi segala pergerakan yang telah dipelajari diperingkat masing-masing. Markah akan dinilai   
        dari segi ;
           1. Kesenian
           2. Ketangkasan 
           3. Keyakinan
           4. Kemantapan

Markah lulus untuk setiap peringkat adalah 85%. Peltih yang lulus akan dianugerahkan sijil dan pengiktirafan untuk meneruskan pada peringkat seterusnya. Bagi yang gagal pula, pelatih berpeluang untuk diuji semula setelah yakin dapat memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan semasa ujian terdahulu atau menyertai semula latihan diperingkat yang tidak berjaya.

SYARAT-SYARAT UNTUK PERINGKAT

Bagi setiap pelatih yang ingin menjalani ujian peringkat ini mestilah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah.
1. Telah menghabiskan sukatan pelajaran di dalam tahap masing-masing.
2. Menjalani latihan sekurang-kurangnya 36 jam - (bagi tahap pertama sahaja)
3. Yakin untuk diuji.
4. Telah memahami dan fasih peringkat sebelumnya.
.

Kategori pembelajaran

.
Sistem pembelajaran Seni Silat Sendeng Malaysia terbahagi kepada 3 tahap. Setiap tahap mempunyai kurikulum tersendiri dan pengamalan peringkat sebelumnya adalah diwajibkan.

1. Tahap pertama - Peringkat asas
2. Tahap kedua - Peringkat pertengahan
3. Tahap Ketiga - Peringkat jurulatih

Sistem peringkat pula terbahagi kepada beberapa peringkat ;

1. Tahap pertama - Peringkat asas
a. Asas pertama - Hijau I
b. Asas kedua - Hijau II
c. Asas ketiga - Hijau III

2. Tahap kedua - Peringkat pertengahan
a. Pertengahan pertama - Kuning I
b. Pertengahan kedua - Kuning II
c. Pertengahan ketiga - Kuning III

3. Tahap ketiga - Peringkat jurulatih
a. Jurulatih - Hitam I
b. Jurulatih - Hitam II
c. Jurulatih - Hitam III
d. Jurulatih - Hitam IV
e. Jurulatih - Hitam V
f. Jurulatih - Hitam VI
g. Jurulatih - Hitam VII
g. Ketua Jurulatih Kebangsaan

Pada tahap pertama, pelatih akan menjalani latihan asas dalam senaman, tumbukan pepat (lurus), tendangan, tarian, silat dan juga 5 permainan alat silat iaitu keris, parang, kerambit, tembong dan tekpi.

Manakala pada tahap seterusnya pelatih akan mendalami serta menghalusi setiap pergerakan pada tahap asas di samping mempelajari gerak dan pukulan sendeng. Bagi permainan alat silat pula senjata tambahan akan di ajar ini termasuklah tongkat, tuas, dan perisai.

Pada tahap ketiga pula pelatih telah di gelar sebagai jurulatih. Setiap jurulatih akan terikat dengan kod etika jurulatih dan sanggup untuk memikul tugas yang telah diamanahkan. Jurulatih akan diajar dengan beberapa jenis pukulan, beberapa pecah (kuntau) tambahan dan juga tambahan bagi permainan alat silat iaitu pedang, tumbuk lada dan tekpi dua.
.

Konsep Pembelajaran PSSSM


Ikrar Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia



Friday 22 April 2011

Lambang / Logo


Lambang berbentuk bulat melambangkan Perisai 

Tekpi

Tumbuk lada dan Kerambit 

Pedang dan Perang


Keris
                                                             
Tongkat, Tembong dan Tuas

Bentuk lambang Seni Silat Sendeng direka di dalam bentuk dan seni yang begitu unik di mana keunikan ini membawa pengertian yang mendalam terhadap warisan Silat Melayu.

Keris yang berada di tengah-tengah, melambangkan kebesaran dan kebangaan Melayu, seterusnya kemegahan Seni ukir dan budaya yang tinggi nilainya. Senjata-senjata lain yang mengelilinginya membawa erti bahawa kebesaran (Keris) itu tetap akan dijaga dan dipertahankan dari roboh dan penceroboh.

Rangkai kata 'Seni Silat Sendeng Malaysia' yang bewarna putih dan berlatar belakang kan hitam membawa maksud tersendiri yang simbolik. Putih bererti 'KESUCIAN' dan hitam membawa maksud 'KEASLIAN'. Ini diterjemahkan lagi dengan cogan kata 'SENDENG-PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA'.

Kalau diperhatikan kepada lambang tersebut, tidak kurang daripada dari sepuluh jenis alat silat yang terkandung di dalam lingkaran lambang tersebut dan setiap satunya terdapat cara menggunakannya juga cara menggayakan tariannya.Di dalam tarian dan bunga itu sendiri terdapat cara-cara menepis dan menikam yang disembunyikan di dalam bentuk tarian yang lembut dan lemah -gemalai.

Salasilah Perguruan Seni Silat Sendeng



Para Pengasas Perguruan Sendeng


Long Mamat
(Padang Muar)

 Hj. Hamzah Bin Hj. Hassan (Bapa Hj. Hamid) bersama
Tok Taman Dagang (kanan)
Gambar kenangan 1935 

Hj. Hassan bin Mahat ( Kanan) bersama
Hj. Hamid 
Gambar kenangan 1937

Allahyarham Hj. Hamid bin Hj. Hamzah
(Pengasas Seni Silat Sendeng)

Thursday 21 April 2011

'Patah Tumbuh Hilang Berganti'

Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah Guru Utama PSSSM I
(Adik kepada Pengasas Seni Silat Sendeng)

Pemergian Allahyarham Haji Hamid dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi keluarga sendeng seluruhnya. Perjuangan, pengorbanan dan jasanya terhadap Seni Silat Sendeng Malaysia mempunyai erti yang amat bermakna sekali terutama di dalam memperkembangkan SSSM ke beberapa negeri di tanah air. Berbagai cabaran, onak dan duri direntasi, ombak serta badai diharungi. Namun, yang pergi tetap pergi, yang tinggal sebagai pengganti. Perjuangan memartabatkan SSSM harus diteruskan. Bak kata pepatah 'Patah tumbuh hilang berganti'.

Haji Ismail bin Haji Hamzah, kemudiannya telah menerajui dan meneruskan perjuangan abangnya dan ditabalkan sebagai Guru Utama. Sebagai adik kepada pengasas (Haji Hamid) dan dibesarkan di kalangan keluarga pendekar, sudah pasti memperjuang dan menyambung amanah SSSM tidak menjadi keberatan terhadap beliau.

Kebolehan dan ketokohan semulajadi berkat bimbingan ibu bapa,datuk-datuk dan abangnya, menambahkan lagi kekuatan dan semangat beliau untuk melayari bahtera sendeng mengharungi samudera yang penuh dengan seribu satu macam rintangan dan halangan.

Sejak kepimpinan Haji Ismail, SSSM telah didaftarkan pada 1992 dan kini bergerak dengan cergas di Johor , Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Kelantan, WP Labuan dan Sabah.

Beliau kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 22hb Mac 2002 bersamaan dengan 8hb Muharram 1423 setelah hampir 10 tahun bergelut dengan jerih perih, bagi memastikan ilmu persilatan ini kekal diwarisi. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnta dicucuri rahmat Ilahi dan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang Mukminun. Al-Fatihah.

Pengertian Seni Silat Sendeng

Nama Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.

Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
·         SENI adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
·         SILAT ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
·         SENDENG merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah. Dari segi istilah perkataan ‘Sendeng’ terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu ‘SEN dan ‘DENG’.
·         SEN ‘ – singkatan dari perkataan ‘ Senggam ‘ bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat dan rapi.
·         DENG ‘ – (atau ‘ DING ‘ ) berasal dari perkataan ‘ Dinding ‘ iaitu tempat bertahan, tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman ‘permainan jauh ‘ dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di ‘tujui’ nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ‘ Lam Alif ‘ yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ‘ permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan.

Oleh yang demikian itu kedudukan ‘Sendeng ‘ merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk ‘musibah’ yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan “capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”.

Sejarah


Allayarham Haji Hamid bin Haji Hamzah
(pengasas Silat Sendeng Muar)

Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allayarham Haji Hamid bin Haji Hamzah, yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.

Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri Haji Hassan Bin Mahat yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar, mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.

Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU, bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari. Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang, Muar Johor Darul Takzim.

Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh, Batu Pahat. Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai ' Silat Sendeng Muar'.

Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini, demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinya. Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal, 1410 Hijrah, beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun.
Al-Fatihah.